Cikgu, biar kami bantu isi PBD MOEIS SPPB — terus, pukal Excel, atau Ulasan Kelas ikut TP Utama. PERCUMA sepenuhnya.
Users
892
+78 in 30 days
Rating
5.0 / 5
unchanged in 30 days
Ratings
3
0 in 30 days
Store rank
#33K
#28K among extensions
Version
1.2.4
updated 18 Jul 2026
Users
monthly, 3 months
Latest, 16 Oct 2026:892 usersMove the mouse over the chart for any month
Ratings count
monthly, 3 months
Latest, 16 Oct 2026:3 ratingsMove the mouse over the chart for any month
The Chrome Web Store rounds user counts down to the leading digit, so the user line moves in steps. The ratings count is exact and is the better signal of real adoption.
About myPBD Assistant
myPBD Assistant — Pembantu Peribadi Pengisian PBD untuk Guru Malaysia
myPBD Assistant ialah sambungan Chrome yang membantu guru mengisi borang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam sistem MOEIS SPPB dengan lebih pantas, sistematik dan konsisten — sama ada anda Guru Matapelajaran atau Guru Kelas.
Sambungan ini memudahkan kemasukan data bagi berpuluh-puluh murid secara serentak, mengurangkan kerja berulang yang biasa berlaku semasa pengisian PBD manual. Guru kekal mempunyai kawalan penuh sepanjang proses: setiap operasi berjalan dalam sesi log masuk MOEIS guru sendiri, tiada sistem keselamatan/pengesahan MOEIS dipintas, dan setiap rekod boleh disemak sebelum dihantar.
100% PERCUMA — semua ciri di bawah, tanpa bayaran. Tiada versi Pro, tiada Premium, tiada langganan tersembunyi.
CIRI-CIRI UTAMA
Untuk Guru Matapelajaran
★ Isi terus di laman — Tahap Penguasaan untuk semua murid atau murid terpilih, dengan override individu
★ Isi pukal via Excel — jana template dari senarai murid semasa, isi offline, muat naik semula
★ Usaha Murid — nilai sama untuk semua, atau automatik ikut TP masing-masing
★ Kemahiran Bahasa — skim BI/BM automatik, atau kustom ikut keperluan sekolah
★ Ulasan Guru — teks tetap, ulasan rasmi MOEIS secara rawak, atau preset ikut kategori pencapaian
★ Intervensi — jana keterangan intervensi ikut Tahap Penguasaan murid
Untuk Guru Kelas
★ Ulasan Kelas — kenal pasti "TP Utama" setiap murid merentas semua subjek, kategorikan (Cemerlang/Baik/Memuaskan/Sederhana/Lemah/Sangat Lemah), cadangkan ulasan holistik
★ Override kategori manual — ubah kategori murid ikut penilaian guru sendiri
★ Bank ulasan sendiri — simpan, edit dan guna semula ayat pilihan guru
Sepanjang penggunaan
★ Pilih murid — hanya murid yang ditandakan diproses
★ Pantau progress — status dan ralat dipaparkan semasa automasi berjalan
★ Panel Tepi — guna sambil laman MOEIS kekal terbuka, tanpa popup menghalang pandangan
MENGAPA MEMILIH myPBD ASSISTANT?
Pengisian PBD secara manual memerlukan banyak klik dan masa yang panjang, lebih-lebih lagi untuk kelas dengan bilangan murid ramai. myPBD Assistant mempercepat proses ini, meningkatkan ketekalan data, dan mengurangkan risiko kesilapan akibat kemasukan berulang.
Sambungan ini direka untuk melengkapkan kerja guru, bukan menggantikannya — guru kekal bertanggungjawab penuh menyemak dan menghantar setiap rekod.