Simpan prompt sendiri dan guna semula melalui /shortcut. Local-first, dengan contoh untuk pendidik Malaysia.
Users
133
store count
Rating
5.0 / 5
unchanged in 30 days
Ratings
4
total ratings
Store rank
#75K
#63K among extensions
Version
0.1.22
updated 13 Oct 2026
Users
monthly, 1 months
Latest, 15 Oct 2026:133 usersMove the mouse over the chart for any month
Ratings count
monthly, 1 months
Latest, 15 Oct 2026:4 ratingsMove the mouse over the chart for any month
The Chrome Web Store rounds user counts down to the leading digit, so the user line moves in steps. The ratings count is exact and is the better signal of real adoption.
About TaipJe
TaipJe membantu anda menyimpan, menyusun dan menggunakan semula prompt sendiri melalui /shortcut di ChatGPT, Google Gemini, Claude dan ILMU. Antaramuka Bahasa Melayu dengan contoh untuk pendidik Malaysia.
KOLEKSI DAN PINTASAN
• Cipta dan edit prompt serta pintasan sendiri.
• Susun mengikut kategori, cipta kategori tersuai dan padam kategori kosong.
• Taip / dalam ruang mesej, pilih prompt dan isi medan {{subjek}}, {{topik}} atau medan lain. Borang panjang dibahagikan kepada langkah; anda boleh membaca prompt penuh sebelum guna.
• Cari dan salin prompt melalui popup atau Manager.
• Eksport/import sandaran JSON dan pulihkan prompt daripada tong sampah.
TEMPLAT CONTOH
Templat RPH, kuiz, aktiviti terbeza, semakan fakta, bias dan kritikan draf membantu anda menyediakan arahan berstruktur. Templat /portfolio untuk portfolio jurulatih AI dan /chibi untuk arahan imej turut disediakan. Pengguna sedia ada boleh memilih Tambah templat contoh dalam Manager tanpa menimpa pintasan sedia ada. Gambar rujukan /chibi dimuat naik sendiri pada platform AI. Placeholder yang belum lengkap perlu dibetulkan sebelum digunakan. Templat ini bukan templat rasmi atau pengesahan KPM.
SAFEPROMPT: SEMAK TEKS COPY-PASTE
SafePrompt aktif secara lalai dan menyemak kemungkinan maklumat sensitif dalam teks biasa yang ditampal ke editor utama empat laman AI tersebut. Prompt yang dipilih melalui /pintasan dimasukkan selepas medan dilengkapkan tanpa semakan SafePrompt. Suis SafePrompt di sebelah Tutup membolehkan anda mengaktifkan atau mematikannya; pilihan disimpan dalam profil Chrome dan diselaraskan antara tab. Apabila dimatikan, paste berjalan seperti biasa tanpa semakan. Corak Malaysia dan model bantuan nama diproses secara lokal. Contoh termasuk nombor pengenalan, telefon, e-mel, alamat berlabel, rahsia serta rekod kesihatan, pendidikan dan kewangan berlabel.
Jika semakan lengkap tanpa padanan atau amaran, teks terus dimasukkan ke editor tanpa pengesahan tambahan. Jika terdapat padanan, amaran atau semakan tidak lengkap, panel semakan dipaparkan. Anda boleh membandingkan teks asal dan teks disamarkan, mengedit cadangan penyamaran, kembali edit, membatalkan atau memilih teks asal. Pengesanan boleh tersalah atau terlepas; ia bukan jaminan keselamatan. Had semakan ialah 20,000 aksara. Fail, gambar, drag-and-drop dan semua penaipan terus tidak diliputi. Laman AI mungkin boleh mengakses kandungan pada halaman; jangan anggap TaipJe sebagai penghalang kebocoran data.
SIMPANAN PADA PERANTI
Koleksi dan pilihan disimpan dalam profil Chrome. Model dan runtime disertakan dalam pakej; semakan tidak menghantar prompt ke server TaipJe atau penyedia model. Tiada akaun TaipJe, analytics extension atau Google Drive sync. Eksport sandaran sebelum uninstall.
ANDA MENGAWAL PENGHANTARAN
TaipJe memasukkan teks sebagai draf, bukan menghantar mesej atau menjana jawapan AI. Semak hasil sebelum menekan hantar. Kad ulasan pilihan menyimpan kiraan penggunaan dan pilihan peringatan secara lokal; tiada bintang wajib atau ganjaran.
Untuk Chrome desktop. Jika editor platform berubah, salinan manual tersedia. TaipJe ialah alat bebas, tidak berafiliasi dengan OpenAI, Google, Anthropic atau YTL AI Labs.
Sokongan: developer@cikguik.com
Dasar privasi: https://cikguik.com/taipje/privacy.html