Automasi pendaftaran peserta sukan SMIS — daftar pukal, isi details, assign acara, upload foto/dokumen, muat turun M01/R01.
Users
8
−2 in 30 days
Rating
0.0 / 5
unchanged in 30 days
Ratings
0
0 in 30 days
Store rank
#211K
#177K among extensions
Version
2.2.0
updated 13 Jul 2026
Users
monthly, 6 months
Latest, 16 Oct 2026:8 usersMove the mouse over the chart for any month
Ratings count
monthly, 6 months
Latest, 16 Oct 2026:0 ratingsMove the mouse over the chart for any month
The Chrome Web Store rounds user counts down to the leading digit, so the user line moves in steps. The ratings count is exact and is the better signal of real adoption.
About SMIS Helper
SMIS Helper mengautomasi pendaftaran peserta sukan di sistem SMIS (smis.events) untuk guru-guru di seluruh Malaysia.
Apa yang biasanya mengambil masa berjam-jam (isi borang peserta satu demi satu, muat naik fail seorang demi seorang) kini boleh disiapkan dalam beberapa klik — terus dari panel sisi, di sebelah halaman SMIS anda.
BAHARU DALAM v2.2 — PANEL SISI:
• SMIS Helper kini dibuka sebagai panel sisi Chrome yang kekal terbuka semasa anda bekerja pada halaman SMIS — tiada lagi tetingkap yang tertutup setiap kali anda klik di luar
• Reka bentuk baharu yang lebih kemas, konsisten dengan keluarga alat davinhub
• Proses Latar Belakang — pendaftaran pukal berjalan di latar belakang; tutup panel pun, proses jalan terus, buka semula dan log kemajuan masih ada
CIRI-CIRI UTAMA:
• Template Excel Dinamik — dijana terus dari SMIS dengan dropdown Acara, Tahun, Kaum mengikut tetapan kejohanan anda
• Pendaftaran Satu Klik — tambah peserta baru, isi semua maklumat details, assign acara dan set kategori secara automatik
• Muat Naik Foto & Dokumen Secara Pukal — padankan fail dengan peserta secara automatik berdasarkan nama atau No. KP dalam nama fail, dengan pratonton padanan sebelum muat naik
• Muat Turun Borang M01/R01 — jana borang pendaftaran rasmi dalam format PDF, satu klik untuk semua peserta
• Pelbagai Acara — satu peserta boleh menyertai lebih dari satu acara melalui baris berasingan atau dipisahkan oleh koma
• Pengesahan Data — semak format No. KP (12 digit), medan wajib, dan tarikh lahir secara automatik
• Semua Jenis Sukan — menyokong olahraga, bola keranjang, merentas desa, badminton, dan semua sukan dalam SMIS
• Auto-Detect Sekolah — masukkan Kod Sekolah sahaja, maklumat lain diambil automatik dari SMIS; jika sekolah anda tiada dalam direktori, isi secara manual — pendaftaran tetap berjalan
• Liputan Seluruh Malaysia — menyokong semua 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan
• Lapor Masalah — hantar laporan ralat terus dari extension (tiada nama atau No. KP murid disertakan)
SEDIA DOKUMEN (RUANG KERJA PENUH):
Halaman penuh untuk sediakan gambar dan dokumen pukal sebelum upload:
• Padanan Automatik — gambar dipadankan ikut masa tangkap EXIF atau nama fail; PDF IC/sahsiah dipadankan melalui OCR nombor IC
• Potong & Saiz — potong gambar 4:3 dengan pratonton, atau "Lulus Asal" jika gambar sudah betul (saiz dikecilkan automatik di bawah 900KB)
• Palang Watermark — palang diagonal "Kegunaan MSSM" / "Kegunaan Sukan" pada borang IC dan sahsiah, pratonton terus pada gambar kecil
• Auto-simpan Sesi — kerja anda tersimpan automatik dalam pelayar; tutup tab dan sambung balik bila-bila masa
CARA PENGGUNAAN:
1. Buka smis.events dan log masuk sebagai Pengurus Pasukan
2. Klik ikon SMIS Helper — panel sisi terbuka di sebelah halaman SMIS
3. "Jana template" → isi data peserta dalam Excel → muat naik semula, ATAU "Papar peserta sedia ada"
4. Klik "Tambah + Kemaskini Peserta" — daftar, isi maklumat, dan tetapkan acara sekali gus
5. Muat naik foto dan dokumen (padanan automatik) — atau gunakan Sedia Dokumen untuk batch besar
6. Muat turun M01/R01
PENTING:
SMIS Helper menulis melalui borang SMIS yang sebenar sahaja, menggunakan sesi log masuk anda sendiri. Semua data peserta kekal dalam SMIS.
SMIS Helper ialah alat bantuan pihak ketiga yang dibina secara bebas. Ia TIDAK berafiliasi, ditaja, atau disahkan oleh pengendali sistem SMIS (smis.events) atau mana-mana Majlis Sukan Sekolah.
PERCUMA & PRO:
Mula percuma dengan 10 peserta pertama. Naik taraf ke Pro — RM59, bayar sekali, bukan langganan — untuk peserta tanpa had di https://smis.davinhub.com.
Dibina khas untuk membantu guru-guru di Malaysia menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan pendaftaran SMIS.
Laman web & panduan: https://smis.davinhub.com