PBD Helper icon

PBD Helper

by davinhub · Workflow & Planning
Manifest V3 Free
View in Chrome Web Store Data as of 16 Oct 2026

Isi TP, Usaha, Ulasan, Kemahiran & Intervensi seluruh kelas — disahkan selepas simpan. Excel pukal & cetakan laporan. Percuma.

Users
2,000
+1,000 in 30 days
Rating
5.0 / 5
unchanged in 30 days
Ratings
2
0 in 30 days
Store rank
#22K
#19K among extensions
Version
1.4.1
updated 13 Oct 2026

Users

monthly, 4 months
01,0002,000Jul 2026Sep 2026Oct 2026
Latest, 16 Oct 2026: 2,000 usersMove the mouse over the chart for any month

Ratings count

monthly, 4 months
012Jul 2026Sep 2026Oct 2026
Latest, 16 Oct 2026: 2 ratingsMove the mouse over the chart for any month

The Chrome Web Store rounds user counts down to the leading digit, so the user line moves in steps. The ratings count is exact and is the better signal of real adoption.

About PBD Helper

Isi PBD untuk seluruh kelas dalam beberapa klik — dan setiap simpanan DIBACA SEMULA dari SPPB, murid demi murid, supaya cikgu nampak apa yang benar-benar tersimpan. Bukan sekadar tekan dan harap. 1,000+ cikgu dah pasang — angka boleh disemak di halaman ini. ⭐ CIRI UTAMA ⚡ Set TP1–TP6 untuk seluruh kelas dari panel sisi — seorang demi seorang, sekumpulan, atau semua sekali gus. 🤖 Usaha, Ulasan & Kemahiran (subjek bahasa) terisi automatik ikut TP — dan cikgu NAMPAK dahulu apa yang akan ditulis, sebelum simpan. ✅ Simpan & Sahkan — selepas simpan, data dibaca semula dan setiap murid ditanda ✓/✗. Kalau ada yang tak masuk, cikgu tahu serta-merta. 📊 Excel Pukal — jana SATU fail untuk semua kelas-subjek anda, isi di rumah (tak perlu wifi sekolah), seret balik, sahkan senarai, dan biar ia isi kelas demi kelas. Butang Berhenti sedia bila-bila masa. 🖨️ Cetakan Laporan — PERCUMA. Satu klik jana cetakan seluruh kelas, format sama seperti laporan asal sistem: setiap murid satu muka surat (atau dua — pilihan cikgu), saiz teks seragam sekelas, tandatangan digital & nama Guru Besar sekali sahaja untuk semua kelas. 💬 Ulasan Guru Kelas (Pengurusan) — PERCUMA sepenuhnya, dengan perpustakaan ulasan atau Excel pukal khas guru kelas. 📝 Nota Intervensi — tambah, edit atau kosongkan terus dari panel, seorang atau seluruh kelas. 🛡️ Lindungi kerja sedia ada — "Hanya isi yang kosong" langkau murid yang siap dinilai, dan ulasan yang cikgu taip sendiri TIDAK akan sesekali ditimpa. 🔒 SELAMAT & TELUS • Menulis HANYA melalui butang "Simpan" rasmi dalam sistem — bukan hack, bukan bypass. • TIDAK pernah menekan "Hantar" — kelas anda tidak akan terkunci oleh extension ini. • Setiap simpanan disahkan dengan bacaan semula, bukan andaian. • Tandatangan digital TIDAK disimpan (hilang bila tab ditutup); semua data murid kekal dalam sistem. 📝 CARA GUNA — 3 LANGKAH 1. Log masuk SPPB (moeissppb.moe.gov.my), buka Keputusan › PBD, pilih satu kelas. 2. Buka panel PBD Helper → set TP → "Isi & Simpan". 3. Untuk banyak kelas: "Jana Excel" → isi fail → seret balik → "Sahkan & Isi". Panel juga ada navigasi terus ke Ulasan Guru Kelas dan Cetakan Laporan — satu klik, terus sampai. 💰 HARGA JUJUR Percuma: 1 kelas-subjek dengan semua ciri, serta Ulasan Guru Kelas dan Cetakan Laporan percuma sepenuhnya tanpa had. Pro: kelas tanpa had — BAYAR SEKALI, bukan langganan. Tiada yuran bulanan, tiada auto-renew. Naik taraf di https://pbd.davinhub.com/beli 💬 SOKONGAN Butang "Lapor masalah" terus dalam panel (sampai ke pembangun, dibalas) · Laman web & panduan: https://pbd.davinhub.com Nota: PBD Helper ialah alat bantuan pihak ketiga yang dibina secara bebas oleh seorang guru. Ia tidak mempunyai sebarang pertalian rasmi dengan, tidak ditaja, dan tidak disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM/MOE) atau sistem SPPB. What's new - v1.4.0 - Markah UASA (Pro): jana fail Excel UASA (satu lajur Markah 0–100 bagi setiap murid), isi markah dalam Excel, muat naik, semak di skrin Semak, kemudian tulis. Setiap murid dibaca semula selepas Simpan, sama seperti Isi PBD. Markah UASA diisi melalui Excel sahaja; panel tidak mengisi markah murid demi murid. - Kelas UASA tidak lagi disenaraikan sebagai kelas PBD. Versi lama menyenaraikannya, menekan Simpan tanpa mengisi apa-apa (semua gagal) dan menggunakan kuota kelas percuma anda. Kini kelas UASA dikenal pasti dan dihalakan ke Markah UASA. - Pemilih kelas: jika kelas anda tiada dalam senarai, panel memberitahu apa yang perlu anda lakukan. Di SPPB, pilih Sesi, Aktiviti, Tahun dan Kelas, kemudian tekan Cari satu kali; SPPB hanya mewujudkan rekod kelas selepas itu. PBD Helper tidak menekan Cari bagi pihak anda. - Excel pukal: selepas fail Excel ditulis ke kelas yang sedang dibuka di panel, skrin Isi PBD dan Ulasan Guru Kelas kini dimuat semula daripada SPPB. Sebelum ini skrin itu masih menunjukkan nilai lama, dan menulis seorang murid selepas itu boleh mengembalikan TP dan ulasan lama murid tersebut. - Excel pukal: mesej «Tiada apa-apa untuk ditulis» kini kekal di skrin Excel sehingga anda menutupnya. Sebelum ini ia hilang dalam beberapa saat.

Growth

WindowUsersChangeRatingsRating
7 days+1,000+100.0%00.00
30 days+1,000+100.0%00.00

Version history

15 versions recorded
1.4.113 Oct 2026
1.3.230 Sep 2026
1.3.123 Sep 2026
1.2.631 Aug 2026
1.2.430 Jul 2026
1.2.324 Jul 2026
1.2.120 Jul 2026
1.2.018 Jul 2026

Details

Category
Workflow & Planning
First seen
1 Jul 2026
Size
845 KB
Languages
ms
Pricing
Free
Privacy policy
pbd.davinhub.com
Support
pbd.davinhub.com
Extension ID
hpjmhpolokbbhnjbnkddbjnomahanpoc

Permissions and risk

Moderate riskimpact 1, likelihood 3
Permissions
sidePanelscriptingstorage
Site access
https://moeissppb.moe.gov.my/*https://davinhub-api.davin-making.workers.dev/*

Alternatives to PBD Helper

Extensions that rank for the same store searches or share the Workflow & Planning category, ordered by users