PAJSK Auto-Isi (SPPB) icon

PAJSK Auto-Isi (SPPB)

by cikguhayat · cikguhayat.com · Education
Manifest V3 Free
View in Chrome Web Store Data as of 15 Oct 2026

Isi dan simpan PAJSK dalam SPPB secara automatik berdasarkan fail Excel kokurikulum & pencapaian.

Users
84
store count
Rating
0.0 / 5
unchanged in 30 days
Ratings
0
total ratings
Store rank
#89K
#75K among extensions
Version
1.6.0
updated 6 Oct 2026

About PAJSK Auto-Isi (SPPB)

PAJSK Auto-Isi membantu guru kelas mengisi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dalam SPPB dengan pantas dan tepat. Daripada mengisi borang murid satu demi satu, guru hanya perlu muat naik fail Excel kokurikulum kelas. Extension akan mengisi tab Kelab & Persatuan, Badan Beruniform, Sukan & Permainan dan Ekstra Kurikulum, kemudian menyimpan setiap tab secara automatik. CIRI UTAMA • Baca fail Excel kokurikulum kelas (Nama, No KP, Kelab, Sukan, Unit Beruniform). Tajuk kolum fleksibel, atau pilih kolum sendiri. • Padankan murid dengan SPPB melalui No KP, bukan nama. • Padankan nama aktiviti dengan senarai sebenar aktiviti sekolah dalam SPPB. • Baca fail pencapaian (contohnya daripada AppSheet unit kokurikulum) untuk menentukan pelibatan dan pencapaian terbaik bagi setiap tab. • Skrin semakan kategori program (Kelab / Uniform / Sukan / Ekstra), dengan pilihan bantuan AI tanpa menghantar data murid. • Butang "Isi sahaja" untuk semak dahulu, "Isi & Simpan", dan "Isi, Simpan & Seterusnya" untuk satu kelas penuh. • Semakan automatik selepas setiap tab. Extension tidak menyimpan jika ada medan yang tidak lengkap. CARA GUNA 1. Klik ikon extension dan muat naik fail Excel kokurikulum kelas (dan fail pencapaian jika ada). 2. Semak padanan aktiviti dan kategori program, kemudian tekan "Proses & simpan data". 3. Buka SPPB > Keputusan > PAJSK, kemudian buka borang murid pertama. 4. Tekan "Isi sahaja" untuk semak, kemudian "Isi, Simpan & Seterusnya". PRIVASI Semua data murid diproses dan disimpan dalam pelayar Chrome anda sahaja. Tiada data dihantar ke mana-mana pelayan luar. Extension hanya berfungsi di laman SPPB (moeissppb.moe.gov.my). PENAFIAN Extension ini dibangunkan secara bebas oleh seorang guru dan tidak berkaitan secara rasmi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru bertanggungjawab menyemak markah sebelum menghantar PAJSK. Dibina oleh cikguhayat — https://cikguhayat.com Apa yang baharu (v1.6.0) - Senarai kelab, badan beruniform dan sukan kini ditarik terus dari SPPB sekolah anda, jadi semua aktiviti sekolah anda ada dalam pilihan padanan. - Butang baharu: "Muat semula senarai SPPB" dan "Buka SPPB". - Log masuk SPPB dahulu sebelum memuat naik fail Excel.

Growth

WindowUsersChangeRatingsRating
7 days+37+78.7%00.00

Version history

2 versions recorded
1.6.06 Oct 2026
1.5.13 Oct 2026

Details

Category
Education
First seen
3 Oct 2026
Size
341 KB
Languages
ms
Pricing
Free
Privacy policy
cikguhayat.com
Extension ID
bbnfbkblgnghpnmcfhljphpngknakeok

Permissions and risk

Moderate riskimpact 1, likelihood 3
Permissions
storage
Site access
https://moeissppb.moe.gov.my/*

Alternatives to PAJSK Auto-Isi (SPPB)

Extensions that rank for the same store searches or share the Education category, ordered by users