PAJSK Assist: PAJSK, SEGAK & BMI icon

PAJSK Assist: PAJSK, SEGAK & BMI

by Cikgu Aime · Workflow & Planning
Manifest V3 Free
View in Chrome Web Store Data as of 16 Oct 2026

Isi PAJSK, SEGAK dan BMI di SPPB secara automatik. Jimat masa guru kelas dan guru PJ.

Users
1,000
+723 in 30 days
Rating
5.0 / 5
unchanged in 30 days
Ratings
3
0 in 30 days
Store rank
#29K
#24K among extensions
Version
2.3.0
updated 15 Oct 2026

Users

monthly, 4 months
05001,000Jun 2026Sep 2026Oct 2026
Latest, 16 Oct 2026: 1,000 usersMove the mouse over the chart for any month

Ratings count

monthly, 4 months
023Jun 2026Sep 2026Oct 2026
Latest, 16 Oct 2026: 3 ratingsMove the mouse over the chart for any month

The Chrome Web Store rounds user counts down to the leading digit, so the user line moves in steps. The ratings count is exact and is the better signal of real adoption.

About PAJSK Assist: PAJSK, SEGAK & BMI

PAJSK Assist isi PAJSK satu kelas di SPPB dalam beberapa saat. Guru PJ pula boleh isi SEGAK dan BMI terus daripada fail sedia ada: Excel sekolah, CSV aplikasi SEGAK, atau salin dan tampal. Dibina oleh Cikgu Aiman, guru kelas yang dulu berjaga sampai pukul 11 malam mengisi PAJSK 42 murid satu demi satu. Alat pihak ketiga. Tidak berafiliasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. ═══════════════════════════ APA YANG CIKGU DAPAT ═══════════════════════════ ✦ ISI SEMUA MURID SEKALI GUS (Premium) Pilih murid, tekan sekali. Kelab, Badan Beruniform, Sukan dan Ekstra siap dalam beberapa saat. ✦ JADUAL KELAS DALAM TAB PENUH Semua murid dengan nilai semasa SPPB dalam satu jadual. Muat turun Excel sebagai sandaran, ubah yang perlu, semak senarai perubahan, kemudian tulis. Hanya murid dan tab yang Cikgu ubah dihantar ke SPPB (menulis = Premium). Setiap murid dibaca semula selepas ditulis, jadi Cikgu tahu ia benar-benar tersimpan. ✦ REKOD SEPANJANG TAHUN DALAM EXCEL Templat kelas dengan nama dan IC murid sudah diisi. Catat jawatan, pencapaian dan aktiviti Tambahan sepanjang tahun, kemudian pilih fail yang sama di hujung tahun. Tak perlu Save As CSV. ✦ ISI TAMBAHAN SAHAJA (Premium) Markah wajib sudah ada? Tambah aktiviti Tambahan (+) daripada Excel tanpa menyentuh markah wajib, kehadiran atau murid lain. ✦ SEGAK DAN BMI DARIPADA FAIL SEDIA ADA (Premium atau Pas SEGAK) Guna fail Excel sekolah walaupun satu tab setiap kelas, CSV iSEGAK24 atau SEGAKv1.0, atau salin dan tampal dari Google Sheet. Tab kelas dan lajur dikenal pasti sendiri; Cikgu cuma sahkan. Setiap murid diperakaunkan sebelum diisi, nilai yang tiada dalam jadual SPPB disekat, dan setiap murid dibaca semula selepas disimpan. Kelas seterusnya? Tekan "Guna fail tadi". Cuba percuma untuk 8 murid pertama. ✦ TEMPLAT PENEMPATAN SEDIA ISI (Premium) Templat yang sudah berisi kelab, BB dan sukan semasa setiap murid daripada SPPB. Ejaan ikut sistem, tiada lagi nama kelab tak padan. ✦ SAMBUNG DENGAN e-REKOD (Premium, pilihan) Tarik penempatan kokurikulum daripada e-Rekod (erekod.my) terus ke SPPB, atau hantar balik sebagai sandaran. Tidak hidup dengan sendiri. ✦ SELAMAT BILA SPPB BERMASALAH Tab tertutup atau SPPB tersekat? Sambung dari murid terakhir. SPPB lambat? Murid itu dicuba semula secara automatik, dan Cikgu dimaklumkan dahulu sebelum Mod Klasik digunakan. ✦ VERSI PERCUMA (selamanya) Isi murid seorang demi seorang, simpan tetapan sendiri, lihat jadual kelas dan muat turun Excel. Tanpa lesen. ═══════════════════════════ BAHARU DALAM 2.3.0 ═══════════════════════════ • SEGAK dan BMI kini terima fail Excel sekolah terus, termasuk satu tab setiap kelas dan tajuk berbilang baris (Awal Tahun, Penggal 1, Penggal 2). Cikgu pilih ujian yang betul; sistem tidak meneka. • Salin sel dari Excel atau Google Sheet dan tampal terus ke panel. • No. KP yang kehilangan sifar di depan kerana Excel dibaiki dan disahkan dengan senarai SPPB. • Murid tanpa No. KP dipadankan ikut nama yang sama tepat. Nama yang hampir sama tidak dipadankan sendiri; Cikgu pilih. • Semakan silang: jika fail ada lajur BMI, jantina atau gred, ia dibanding dengan berat, tinggi dan kiraan SPPB. • Paparan baharu empat langkah: Fail, Padan, Semak, Isi. • "Guna fail tadi": kelas seterusnya tanpa pilih fail semula. • Fail CSV AppSheet: aliran sama seperti sebelum ini. • Pas SEGAK RM10 untuk 60 hari: SEGAK dan BMI sahaja, untuk guru PJ yang tidak memerlukan ciri PAJSK. • Cuba percuma: isi 8 murid SEGAK atau BMI tanpa lesen. ═══════════════════════════ PREMIUM: RM15 UNTUK 30 HARI ═══════════════════════════ • 2 peranti, sehingga 5 selepas lesen diikat pada akaun MOEIS • Bayar sekali, tiada auto-debit. Lesen dihantar ke emel sebaik selesai bayar. • Sokongan Telegram PAS SEGAK: RM10 UNTUK 60 HARI • SEGAK dan BMI sahaja, cukup untuk satu musim ujian • 2 peranti, sehingga 5 selepas lesen diikat pada akaun MOEIS • Bayar sekali, tiada auto-debit Beli: https://portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist Aktifkan: klik ikon PAJSK Assist, masukkan emel pembelian dan license key, tekan "Aktifkan Lesen". ═══════════════════════════ PRIVASI ═══════════════════════════ Data murid bergerak antara browser Cikgu dan SPPB sahaja. Fail Excel, CSV dan data yang ditampal dibaca dalam browser, tidak dimuat naik. "Guna fail tadi" menyimpan fail dalam memori browser sahaja; ia hilang bila browser ditutup. Pelayan lesen kami tidak menerima nama murid, IC atau markah. Pelayan lesen hanya menyimpan emel pembelian, license key, ID pemasangan rawak, dan cap HMAC sehala ID akaun MOEIS (bukan nombor asal). Emel MOEIS hanya dibanding dengan emel pembelian, tidak disimpan. Lesen disemak semasa aktivasi dan bila panel dibuka, paling kerap sekali sehari. Rekod murid yang gagal diisi disimpan dalam browser Cikgu sahaja dan boleh dipadam. Sambungan e-Rekod hanya memindahkan penempatan (IC, kelab/BB/sukan, ID pendaftaran SPPB) ke akaun e-Rekod Cikgu sendiri, bukan markah. Dasar Privasi penuh: https://portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist/privacy ═══════════════════════════ SOKONGAN ═══════════════════════════ Bila SPPB berubah, biasanya dibaiki dalam 24-48 jam. Telegram: https://t.me/cikguaimedotcom Dibina di Malaysia untuk guru Malaysia oleh Cikgu Aiman.

Growth

WindowUsersChangeRatingsRating
7 days+148+17.4%00.00
30 days+723+261.0%00.00

Version history

8 versions recorded
2.3.015 Oct 2026
2.1.08 Oct 2026
2.0.04 Oct 2026
1.7.12 Oct 2026
1.6.08 Sep 2026
1.4.013 Aug 2026
1.3.05 Jun 2026
1.0.02 Jun 2026

Details

Category
Workflow & Planning
First seen
2 Jun 2026
Size
411 KB
Languages
ms
Pricing
Free
Privacy policy
portfolio.cikguaime.com
Support
t.me
Extension ID
jfabohnomplfehgedbgplpiombkagfie

Permissions and risk

Moderate riskimpact 1, likelihood 3
Permissions
storage
Site access
https://moeissppb.moe.gov.my/*

Alternatives to PAJSK Assist: PAJSK, SEGAK & BMI

Extensions that rank for the same store searches or share the Workflow & Planning category, ordered by users