Hantar rekod bacaan NILAM ke AINS untuk beberapa murid sekaligus, dan sahkan rekod dengan akaun KPM-Guru.
Users
23
store count
Rating
0.0 / 5
unchanged in 30 days
Ratings
0
total ratings
Store rank
#144K
#120K among extensions
Version
0.4.2
updated 11 Oct 2026
Users
monthly, 1 months
Latest, 16 Oct 2026:23 usersMove the mouse over the chart for any month
Ratings count
monthly, 1 months
Latest, 16 Oct 2026:0 ratingsMove the mouse over the chart for any month
The Chrome Web Store rounds user counts down to the leading digit, so the user line moves in steps. The ratings count is exact and is the better signal of real adoption.
About AINS NILAM Helper
AINS NILAM Helper menghantar rekod bacaan NILAM ke AINS untuk beberapa murid sekaligus, terus dari panel sisi Chrome.
Untuk ibu bapa:
- Pilih «Anak saya sendiri», log masuk ke AINS dengan akaun anak seperti biasa, dan panel mengesan nama serta tahun anak. Tiada kata laluan anak dimasukkan ke dalam panel.
- Hantar satu buku dahulu. Panel menunjukkan setiap langkah, kemudian rekod itu boleh dilihat sendiri dalam Senarai Rekod Bacaan AINS dengan status Menunggu Pengesahan.
- Sehingga 3 anak dengan pelan Keluarga; 1 anak dan 10 buku percuma untuk mencuba.
Untuk guru:
- Import senarai kelas daripada fail xlsx / csv (templat disediakan) atau minta daripada Guru Data. Pilih mengikut tahun, kelas atau murid, dengan carian nama, e-mel dan kelas.
- «Semak» menunjukkan berapa murid dan berapa rekod sebelum apa-apa dihantar. Penghantaran boleh dijeda dan disambung; murid yang kata laluannya salah atau akaunnya tidak dijumpai disenaraikan dengan langkah seterusnya.
- Sahkan rekod: log masuk dengan akaun KPM-Guru, kira rekod «Menunggu Pengesahan» mengikut Tahun, kemudian luluskan.
- Guna profil Chrome yang tidak log masuk ke akaun Google. Panel menyemak ini dahulu dan memberitahu jika sesi Google dikesan.
Buku dipilih oleh pelayan daripada senarai buku sekolah rendah (BC / BM / BI) dan tidak berulang dengan rekod yang sudah ada untuk murid itu. Judul, rumusan dan pengajaran diisi daripada senarai buku kami; anda boleh lihat setiap satu dalam AINS. Had sehari, jarak antara buku dan bahasa buku ada di Tetapan → Lanjutan. Riwayat penghantaran boleh dieksport dari Tetapan.
Nama, e-mel dan kemajuan murid disimpan di komputer anda sahaja. Dalam mod guru, kata laluan murid juga disimpan di komputer anda; dalam mod ibu bapa, tiada kata laluan disimpan. Pelayan hanya menerima ID pemasangan, kunci lesen jika ada, cincangan e-mel, tahun, judul yang sudah direkodkan dan cincangan nama sekolah.
Bukan alat rasmi. Tidak dibangunkan oleh atau dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau pihak AINS.